Saturday, April 11, 2009

NEWS FROM ANSARA RUGBY LEAGUE SEASON 2009

Kepada
Pengurus-Pengurus Pasukan
Ragbi Liga Alumni 2008
Salam Buat Semua,
Tertakluk kepada kelulusan KRS dan KRM, Musim Ragbi Liga Alumni 2009 akan bermula pada 30hb Mei 2009 dengan perlawanan kelayakan Kejohanan Kebangsaan Ragbi Liga Alumni 2009. Ini akan disusuli dengan Liga Bahagian Satu dan Dua pada 13hb Jun hingga 9hb Ogos nanti sebelum musim pertandingan berehat selama 8 minggu bagi bulan Ramadhan dan Syawal.
Namun sebelum itu pada 1 dan 2hb Ogos, akan dilansungkan Kejohanan Ragbi 7s Liga Alumni kali kedua. Di dalam kejohanan sulung tahun lalu pasukan Bangi Hunters mewakili alumni SMK Bandar Baru Bangi muncul juara setelah menewaskan Kusess Barbarians mewakili Alumni SMS Kuala Selangor.
Ragbi Liga Alumni akan disambung semula selepas hari raya pada 3hb Oktober dengan perlawanan seperuh akhir Kejohanan Kebangsaan. Perlawanan akhir akan dilangsungkan pada 11hb Oktober.
Kemuncak musim 2009 akan bermula pada 24hb Oktober dengan perlawanan pusingan pertama Perisai Perdana dengan perlawanan akhir dijadualkan pada 6hb Disember 2009.
Kejohanan Kebangsaan merupakan pertandingan yang akan mula dipertandingkan tahun ini. Penyertaan adalah secara jemputan bagi 8 pasukan terbaik daripada negeri yang berbeza. Di dalam pertandingan ini setiap pasukan dibenarkan menurunkan 25 pemain terdiri daripada anak kelahiran atau anak didik negeri masing-masing dengan syarat sekurang-kurangnya 15 orang terdiri daripada ahli persatuan alumni pasukan ragbi tersebut. Tidak seperti pertandingan Perisai Shukri dan Perisai Perdana tiada sekatan terhadap penyertaan pemain kebangsaan dan negeri di dalam kejohanan ini.
Bagi kejohanan Perisai Shukri dan Perisai Perdana pula pasukan-pasukan ragbi alumni yang bergabung dengan mana-mana Kesatuan Ragbi dibenarkan menurunkan pemain mereka yang berdaftar dengan KRM bagi tahun ini sebagai pemain kelab (bukan pemain jemputan). Hanya pemain yang di daftarkan dengan KRM SEBELUM 1hb Mei 2009 sahaja akan diterima sebagai pemain sah kelab tersebut. Peraturan tahun ini menetapkan setiap pasukan boleh mendaftarkan tidak lebih daripada 8 orang pemain jemputan di samping ahli persatuan alumni dan pemain berdaftar pasukan tersebut dengan syarat minima 18 orang terdiri daripada ahli persatuan alumni mereka.
Pertandingan Liga Bahagian Satu tahun in bakal menyaksikan 8 buah pasukan ragbi alumni terbaik yang akan dibahagikan kepada 2 kumpulan :
Kumpulan A
  • STJOB Warriors - Johan Perisai Perdana
  • ASAS - Johan Piala Temenggong
  • HSKOBA Ostrich
  • Sajoha Vikings - Johan Bahagian 2
Kumpulan B
  • SMSOB - Johan Perisai Shukri
  • MCOBA Tortoises
  • ExSAS Eagles
  • Kusess Barbarians - Naib Johan Bahagian 2
Pasukan-pasukan lain dan baru akan bermain di dalam Bahagian Dua yang mana format pertandingan tertakluk kepada bilangan pasukan yang bertanding. Bagi pasukan yang berminat untuk mengambil bahagian sila membuat permohonan melalui e-mel kepada ragbi.ansara@gmail.com sebelum 15hb Mei 2009.
Pasukan tahun lalu yang akan bermain di dalam Bahagian Dua adalah :
  • SDAR Lions
  • OPA
  • Bangi Hunters
  • STAROBA
  • Ansara Terendak
Di samping itu juga Liga Alumni akan sekali lagi menyertai Kempen Derma Darah Kebangsaan Ansara pada 15hb Ogos 2009. Sehubungan dengan itu pasukan-pasukan ragbi alumni dipelawa untuk sama-sama menjayakan program kemasyarakatan ini.
Bersama ini disertakan maklumat ringkas mengenai musim pertandingan 2009 dan juga jadual tentatif bagi Bahagian Satu, Kejohanan Kebangsaan, Perisai Perdana dan Kejohanan 7s Alumni.

SORRY LAMA TAK AKTIF

Dear STARIANS, sorry lama tak update terlupa password dan asyik layan Facebook sampai terlupa ada blog.

Liga alumuni RAGBI akan bermula pada 30May,2009